<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d267854505513069715\x26blogName\x3dPintu+Gerbang+Mindaku...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://syafiq-awaludin.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://syafiq-awaludin.blogspot.com/\x26vt\x3d4370198851915063175', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, March 30, 2009 . 8:43 PM

Pujangga masa dahulu, Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenal sebagai Abdullah Munshi merupakan penyumbang kesusasteraan yang amat kontroversial di Semenanjung Malaya. Beliau dilahirkan di Kampung Masjid di Melaka, Malaysia pada tahun 1796 dalam keluarga yang terpelajar. Keluarganya berasal dari Yaman di Asia Tengah dan keluarganya merupakan keturunan Arab serta Tamil. Walau Bagaimanapun, keluarganya dan beliau sendiri menganggap mereka sebagai orang Melayu. Berdasarkan keturunan dan latar belakang keluarga beliau, orang Melayu memanggil mereka sebagai Jawi Peranakan.
Abdullah Munshi berpegang kuat kepada asal usulnya. Beliau telah diajar oleh bapanya sendiri dalam bacaan Quran, tulisan Jawi, Tamil dan bahasa Arab. Akibat kepetahan beliau dalam bahasa Tamil dan Arab, konon leluhurnya beliau menjadi seorang guru agama dan guru bahasa Arab di India Selatan. Beliau dipanggil 'Munshi' yang bermaksud guru atau pendidik. Kemudian, dia mengisterikan seorang wanita yang juga keturunan Tamil.Pada tahun 1823, Abdullah Munshi belajar bahasa Inggeris dari mubaligh agama Kristian dan mengajar mereka pula bahasa Arab.
Dengan ilmu yang dia telah perolehi sejak kecil lagi, Abdullah Munshi mengikut langkah bapanya dan bekerja untuk kerajaan kolonial sebagai penterjemah dan guru kepada pegawai kolonial di Semenanjung Malaya, terutama sekali kepada pegawai Belanda dan British.
Sepanjang pekerjaannya, Abdullah Munshi banyak menceritakan hal-hal yang menarik dari paruh pertama abad ke-19. Misalnya mengenai kota Melaka dan Singapura serta beberapa tokoh seperti John Stamford Raffles, Lord Minto, Farquhar dan Timmerman Thijssen. Selain itu, beliau banyak sekali menceritakan tentang kehidupan sehari-hari orang Melayu kala itu. Banyak cerita ini dicatat dalam Hikayat Abdullah yang penuh dengan nasihat-nasihat serta tunjuk ajar.
Hikayat Abdullah merupakan sebuah otobiografi. Akibat itu, hikayat ini amat istimewa dalam khazanah sastera Melayu. Naskhah Hikayat Abdullah dalam bentuk manuskrip diselesaikan pada tahun 1843 dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1903, Hikayat Abdullah dicetak dalam huruf Latin dan dijadikan sebagai bacaan pelajar di Singapura, Pulau Pinang dan Semenanjung Malaya.
Hikayat Panca Tanderan merupakan salah satu daripada hikayat tulisan Abdullah Munshi yang terkenal. Ia adalah sebuah hikayat yang asalnya ditulis dalam bahasa Tamil dan kemudian diterjemahkan dalam bahasa Melayu pada tahun 1835. Hikayat ini merupakan gubahan Pancatantra dalam bahasa Melayu.Ia dikatakan lebih asli dalam bahasa Sanskerta kerana gubahan ini merupakan terjemahan dari sebuah versi dalam bahas Hindu, bukan bahasa Arab kerana lingkup budaya Hindu yang hampir sama dengan lingkup budaya yang menghasilkan gubahan Pancatantra.
Cerita yang terserap dalam Hikayat Panca Tanderan adalah mengenai empat putera yang sangat dungu dan tidak mahu mendengar nasihat orang tua mereka,i iaitu raja kepada negeri Padalipurwan di tanah Hindustan yang bernama Sukadarma. Maka sangat masygullah hati Sri Paduka dan berdukacita beliau akan tingkah laku mereka.
Maka pada suatu hari , tatkala Sri Padukan dihadap oleh para menteri dan pembesar kerajaan, seorang Brahman yang bernama Sumasingha melafazkan keinginan beliau untuk mendidik putera-putera beliau. Sri paduka amat bersukacitalah akan tawarannya dan Brahman itu dikurniakan segal anugerah dan kurnia kerajaan.
Putera-putera dididik secera bercerita dari Brahman tersebut mengenai lima[panca] cerit yang dibahagi-bahagikan menurut ilmunya[tandera,tanra] dan disisipkan cerita-certia hewan dalam sebuah cerita bingkai. Maka setelah para putera habis diberi pengajaran, mereka semua menjadi pandai dan Brahman tersebut diberi segala anugerah dan kurnia mulia oleh Sri Paduka.
Dari semua hasil karya Abdullah Munshi, dia ditempatkan sebagai tokoh periode transisi dan perintis yang konon membawa sastera Melayu lama memasuki sastera moden. Hasil karyanya kebanyakan bertujuaan untuk menyampaikan nasihat atau tunjuk ajar yang baik dicontohi. Beliau juga termasyhur kerana suka menulis karya sastera yang didaktis.
Beliau wafat di Jeddah pada tahun 1854.