<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d267854505513069715\x26blogName\x3dPintu+Gerbang+Mindaku...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://syafiq-awaludin.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://syafiq-awaludin.blogspot.com/\x26vt\x3d708088003216409467', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Saturday, January 26, 2008 . 11:19 PM

*ini merupakan sajak moden yang saya telah karangkan untuk dihantar ke pihak yang menganjurkan Creative Arts Programme nanti.

Luahan Pohon Acacia

Di pagi yang berembun
Sang suria
Memancarkan sinar permatanya
Senyap bersama sejuk pagi
Dinginnya menusuk jiwa

Ketahuilah manusia
Di saat hari membuka lembaran baru
Jiwaku berombak ganas
Aku bukannya gelisah
Mendengar desau angin di antara dedaunku
Derap kaki manusia
Meniti hutan belantara
Sudah mampu menghasilkan getaran jiwa

Ketahuilah manusia
Aku meluat melihat kesombonganmu
Membina impianatas nama pembangunan
Tergamaknya engkau mengusir aku keluar
Hanya untuk bangunan-bangunan tinggi
Yang tidak bernyawa

Ketahuilah manusia
Aku ditelenggami kekesalan
Hampa
Kerana sikapmu yang mudah lupa
Aku meneduhmu
Aku mengipasmu
Dengan dedaunku yang lebat
Merwarnakan bumi
Supaya mata yang memandang terasa tenang
Tapi begini balasan engkau manusia!

Pabila senja bergema
Mulalah aku bernyanyi tentang keabadian hidup
Bolehkah aku bertahan?
Atau mati ditebang manusia?
Mungkin esok
Mungkin lusa

Aku pasrah
Biarlah, biarlah mereka membina impian
Biar mereka menyaksikan nanti
Betapa sunyinya dunia ini tanpa makluk sepertiku
Pupusnya aku, pupuslah keindahan
Pupusnya aku, pupuslah kecantikkan
Pupusnya aku, pupuslah mereka!

Muhd. Syafiq Awaludin
3P2
Pergaduhan Cinta.

Roziman dan Azri merupakan sahabat yang memiliki persahabatan yang amat akrab sekali.Mereka telah menjalini persahabatan sejak di bangku sekolah lagi. Merekan berkawan baik hingga ke politeknik tetapi alangkah malangnya, persahabatan mereka itu tidak berkekalan…

Roziman dan Azri bertemu dengan seorang gadis yang cukup sifatnya; lemah-lembut, sopan, cantik dan pandai orangnya. Mereka bagaikan jatuh cinta pandang pertama tetapi mereka tidak meluahkan persaan mereka di hadapan satu sama lain.padahal, mereka tergila- gilakan gadis ayu itu yang bernama Linda. Mereka telah tenggelam oleh ombak-ombak cinta yang melanda mereka.Hati mereka melonjat kesukaan.Pelbagai fikiran bermain di kotak fikiran mereka. Walau bagaimanapun, pada raut wajah, mereka menyembunyikan perasaan mereka yang membuak-buak bak gunung berapi yang ingin memuntahkan laharnya.

Hari demi hari, mereka senyap-senyap mengintip si Linda kerana sehari tanpa melihatnya bagaikan sehari tidak makan. Lama-kelamaan, mereka bertambah berani untuk memperkenalkan diri mereka kepada Linda. Roziman dan Azri berkenalan dengan Linda secara rahsia tanap pengetahuan satu sam lain. Berbulan-bulan berlalu dengan sekelip mata tetapi Roziman dan Azri masih tidak tahu yang mereka bersua telah mencintai seorang perempuan yang sama. Pada suatu hari, Roziman mempunyai hasrat untuk meluahkan kata-kata hatinya yang lama hendak dicurahkan kepada Linda.Roziman pun memberanikan dirinya dan berjalan ke arah Linda yang sedang duduk di meja di dalam taman, membaca sebuah buku bersendirian. Roziman tercegat di hadapan Linda. Linda menoleh kepalanya ke arah Roziman dan melihatnya mata ke mata. Wajahnya kelihatan keliru dengan kehadirannya yanddia tidak perasan dan mendadak.

Roziman cuba membuka mulutnya tetapi tiada suara yang keluar. Dia ditenggelami perasaan gementar. Dia cuba untuk kali kedua dan kini dia menyampaikan semua kata hatinya kepada Linda. Linda terkejut . Mulutnya ternganga tetapi di sebalik tiu, Linda ghairah mendengar kata-kata itu. Dia sebenarnya telah lama menyembunykan isi hatinya kerana dia terlalu malu untuk mengakuinya. Linda pun bangun dari bangku dan memberikan Riziamn sebuah pelukan yang erat sekali. Senyuman yang lebar terukir di wajahnya. Mereka kemudian berjalan ke arah kantin berpegang tangan.

Tidak jauh daripada mereka, Azri sedang menyaksikan perbuatan mereka yang begitu mesra dan lagi intim. Di matanya, terpancar satu kemesraan yang erat berjalan seiring. Panas hatinya menggoncang keimanan yang bertapak di pintu kalbunya. Kebenciannya terpapar jelas dalam hatinya. Dia sakit hati melihat Roziman bermesra dengan buah hatinya. Azri pun bergegas ke arah pasangan baru itu untuk mendapat penjelasan. Azri meletakkan tangannya di bahu Roziman dan Roziman secara spontan berpaling ke arah Azri.

“Kenapa engkau curi perempuan aku?” sebut Azri.

“Siapa curi perempuan engkau? Engkau tidak katakan pun yang engkau sukakan dia. Jadi apa salah aku pula?” bantah Roziman.

Azri tercengang dan tidak tahu hendak menjawabnya. Dengan tiba-tiba, perasaan marahnyayang bergelora di dadanya membuatnya menumbuk Roziman di muka. Bekas tangannya kelihatan di muka Roziman. Roziman pun membalas tumbukan Azri. Kini, bukannya penjelasan yang Azri terima, sebaliknya pergaduhan dengan seorang sahabat akrabnya. Mereka saling bertumbukan dan pukulan yang seakan-akan mematahkan tulang mereka. Akhirnya, Linda yang tidak tahan lagi melihat tingkah kedua-dua orang lelaki itu yang tidak masuk akal, menghentikan perkelahian mereka. Linda berhadapan dengan Azri dan dia berkata dengan tegas agartidak mengganggukannya lagi. Azri terkejut mendengar kata-kata kasar daripada seorang gadis yang dia amat mencintai. Hatinya luka bagaikan pisau.

Sementara Roziman dan Linda bergegas dan bergerak jauh dari pandangannya, pelbagai perasaan berombak-ombak di dadanya. Kemarahan dan kesedihan berkeliaran di mindanya. Dia sekarang betuk-betul membencikan Roziman .Dia mengganggapnya sebagai perampas kekasihnya dan musuhnya. Dia pandang rendah dan jijik Roziman. Tiada kebaikan langsung tentang Roziman menyerlah atau terlantas di ko tak fikirannya. Dia bercadang untuk membalas dendam pada suatu hari annti. Setelah lama Azri melayani perasaan marahnya di dalam taman itu, dia mendapat sebuah akal untuk membalas dendamnya itu.

Keesokannya, Azri mencari-cari Roziman di merata kampun politeknik. Akhirnya, dia jumpak juga dengannya. Azri meminta maaf darpada Roziman. Roziman, seorang yang terlalu baik hati, berasa simpati lalu memaafkannya segera tanpa berlengah-lengah. Mereka telah berbaik-baik semula seperti dulu. Selepas selesai sahaja kuliah mereka, mereka berdua bertemu semula. Azri mencadangkan untuk pergi ke rumah Roziman untuk bersembang atau mengendalikan tugasan-tugasan mereka bersama-sama. Roziman bersetuju dan mereka pulang ke rumah Roziman dengan segera.

Setibanya di rumah Roziman, mereka dapati tiada orang di rumah. Ibu bapanya telah keluar. Cuma mereka dua insan. Roziman memasuki kamarnya dan meletak begnya di atas katil lalu menuju ke tandas. Sementara Rozian di dalam tandas, Azri sembunyi-sembunyi masuk ke dalam kamar Roziman. Dia mengeluarkan sebungkus pil-pil dadah yang Azri bercadang hendak ditinggalkannya di kamar itu. Kemudian dia akan menelefon polis dan tentu Roziman akan diberkas.Muslihatnya itu membuat dia tersenyum lebar. Dia membuka sebuah laci almari sahabatnya dan meletakkan bungkusan itu lalu ditimbun dengan barang-barang Roziman yang lain. Kemudian, Azri dengan pantas keluar dari kamar itu. Pada masa yang sama, Roziman baru sahaja keluar dari tandas.

Azri seterusnya memberitahu Roziman yang dia tidak dapat duduk lama di rumahnya kerana ada hal penting yang hendak diberi perhatian. Roziman pun memahami keadaannya. Azri segera melangkah keluar dari rumah itu sambil terketawa di hatinya. Dia telah berjaya menjalankan rancangan sinisnya,iaitu dia hendak menjahanamkan hidup Roziman.
Hari seterusnya, Roziman dikejutkan dengan kehadiran beberapa pegawai polis do rumahnya. Roziman keliru dengan kehadiran para pegawai yang mendadak itu. Roziman pun mumbuka pintu astas permintaan pegawai polis itu. Apabila Roziman bertanya tujuan mereka ke rumahnya, Roziman terkejut mendengar balasan salah satu pegawai itu yang dia disyaki menyembunyikan dadah di rumahnya. Dia tidak mempercayai apa-apa yang dia dengar. Dia pun berkata kepada dirinya sendiri, “ Mana mungking aku buat kerja seperti itu? Siapa yang membuat fitnah ini?” Sebenarnya, Azri telah melaporkan kepada pihak polis bahawa Roziman telah menyembunyi dadah.Azri telah mengkhianati Roziman dan kepercayaannya.

Tidak lama kemudian, seorang pegawai polis keluar dari kamar Rosli membawa sebungkus dadah di dalam genggamannya. Roziman amat terkejut sehingga dia terasa ingin pengsan. “Bagaimanakah benda itru ada di sini?” kata Roziman dengan suara yang terputus-putus. Seorang pegawai polis menggari tangan Roziman yang masih dalam keadaan terkejut. Roziman dibawa ke balai polis. Bersabit dengan kejadian itu, dia dihukum penjara selama setahun. Roziman enngan menerima hukuman itu kerana dia tahu dia yakin tidah bersalah.

Azri sekarang berasa puas hati kerana telah berjaya membalas dendam. Dia gembira melihat Roziman menderitakerana perbuatannya yang kejam itu sementara dia berfoya-foya di alam maya ini. Kini, dia boleh pula cuba mencuri hati Linda keran Roziman tidak akan dapt mengganggu lagi. Suatu hari, Azri mempunyai keinginan untuk meluahkan perasaan cintanya yang setinggi gunung kepada Linda setelah lama dikunci di hatinya. Apabila dia bertemu Linda, dia mendapati bahawa Linda sedan menangis. Tangisannya berlinangan bak permata bertaburan dan suaranya teresak-esak. Azri segera mendapat tahu bahawa Linda sedang bersedih kerana terkenang nasib yang menimpa Roziman. Azri bertukar fikiran untuk meluahkan perasaan kerana takut akan lebih menyinggung perasaanLinda ketika itu. Sewaktu dia hendak pulang ke bilik kuliahnya, dia menyaksikan beberapa kawan Roziman di kiri dan kanana juga sedang bersedih.Tangisan menitis dan atmosferanya amat sedih.

Azri rasa serba salah apabila dia melihat kesedihan mereka. Dia percaya sememangnya dia adalah puncanya kesedihan dan kepiluan yang dideritai semua kenalan Roziman. Azri berasa lebih bersalah apabila dia secar senyap-senyao mengintip ibu bapa Roziman dari jendela rumah pangsa mereka. Hati mereka bagai dicincang-cincang. Mereka berasa kecewa dan hampa dengan menyangka bahawa perbuatan buruk Roziman itu. Padahal, ini semua gara-gara dirinya yang mementingkan diri. Azri berasa dia bukan sahaja telah memusnahkan hidup Roziman, malahan keluarganya, Linda dan kawan-kawannya serta terjejas.

Azri kemudian menuju ke taman permainan lalu duduk di papan gelongsor dan merenung semua yang dia telah lakukan. Setelah dia fikir masak-masak, Azri bercadang untuk mengakui perbuatannya. Dia harus memperbaiki keadaan yang dia mulakan. Dia memberanikan diri dan meyerahkan dirinya kepada polis, dan polis lalu memberkasnya.

Sebagai hukuman, Azri dihukum setahun enam bulan keran kesalahan memiliki dadah dan membuat laporan palsu. Roziman berasa bersyukur kerana keadilan telah menyebelahinya. Dia masih tidak terfikir yang Azri, kawan baiknya sendiri, tergamak melakukan sesuatu yang kejam seperti itu. Roziman xuba untuk melupakan peristiwa pahit itu dan cuba membina kehidupan yang baru semula.


Muhd. Syafiq Awaludin
3P2

Wednesday, January 23, 2008 . 8:49 PM

Hari ini merupakan hari yang saya rasa amat kontreversi sekali. Hari ini Cikgu bertujuan untuk menyedarkan kami akan kekurangan dan kesilapan kami yang dapat dielakkan tetapi segolongan orang tidak mengesan kekurangan mereka lalu mereka masih membuat kesilapan yang sama berkali-kali. Itu sebabnya hari ini rakan-rakan melayu di dalam kelas melayu saya telah ditegur dengan kasar kerana isu seperti ini. walaupun masalah ini tidak membabitkan semua pihak yang hadir, tetapi ia merupakan satu peringatan bahawa kita, sebagai manusia, tidak sempurna dan ada kekurangan kita. Jadi ,cikgu sedang berusaha untuk membentuk kami supaya kami menjadi pemimpin yang baik dan berwawasan pada satu hari nanti. Kerana itulah, cikgu mengambil berat sekali tentang sikap dan watak setiap muridnya.

Tiada belas kasihan yang lebih untuk satu pelajar, semuanya sama; seperti dikatakan cikgu. setelah saya renung seketika, saya rasa kata-kata ini benar walaupun kami dimarah atau ditegur, ada mungkin setiap kali bertemu. Ini merupakan, pada pendapat saya, sebuah tanda yang cikgu mengambil berat tentang diri pelajar itu dan dia ingin menyempurnakan sikapnya supaya tidak menjadi seorang yang dijijik masyarakat...

hari ini telah membuka mata bahawa cikgu menaruh harapan tinggi buat kami dan dia betul-betul mahu kami berjaya dalam hidup. Dia mengambil berat tentang segala yang membabit kami, dari masalah-masalah yang kami mungkin hadapi atau watak kami dan sebagainya. Harap hari ini merupakan sebuah peringatan yang akan kekal di minda kami semua.

Wednesday, January 9, 2008 . 8:18 PM

Ini merupakan kali kedua pelajaran mengenai tarian melayu, terutama sekali tarian asas Melayu seperti inang, joget, zapin, asli dan masri.

Hari pula, kita pelajari langkah-langkah zapin... Pergerakannya amat pelik. Ada dibandingkan dengan pergerakan ayam patah kaki atau bagai orang gemuk mabuk berjalan. Pergerakan asas zapin pada mulanya amat susah untuk ditangkap tetapi selepas beberapa minit belajar, aku boleh dapat pergerakannya walaupun aku rasa pergerakanku tidak begitu terurus dan sempurna.

Aku dapat perhatikan bahawa tarian Melayu banyak menumpukan kepada koordinasi antara pergerakan tangan, punggung serta kaki. Ini adalah ciri-ciri yang membuat tarian Melayu begitu anggun dan menarik untuk dilihat, tambahan gerakannya yang lemah-gemalai dan cantik.
Secara keseluruhan, aku dapat pelajari serba sedikit tentang seni Melayu yang kaya dengan budaya dan indah.

Monday, January 7, 2008 . 9:04 PM

Ini sebenarnya bukan merupakan pertama kali aku joget atau menari...
Aku pernah sekali menari tarian tradisional semasa di sekolah tadika.

Walau Bagaimanapun pada pendapat aku,pengajaran tentang seni melayu, atau dengan lebih terperinci lagi, tarian tradisional,dengan secara fizikal, bukan dengan cara membaca buku sahaja, merupakan salah satu cara pengajaran yang membuka mata aku dan tidak pernah aku alami.
Tambahan lagi, aktiviti itu amat menarik, cuma pada kali pertama, ada rasa canggung dan malu juga, jadi tarian itu bersepah dan tidak terurus.Walau Bagaimanapun, ini lain daripada yang lain.Juga, mempelajari pelbagai aspek seni tarian amat berinformasi.

Secara kesuluruhan,ini merupakan pengalaman yang amat unik sekali, terutama sekali semasa waktu sekolah :]

Saturday, January 5, 2008 . 9:22 PM

Ini merupakan pertama kali seumur hidupku, aku mencipta sebuah blog untuk keperluan peribadi aku sendiri...
Pada peringkat awalnya,aku bingung dengan semua yang harus dilakukan tetapi dengan pertolongan daripada seorang kawan[terima kasih nadiah :D], dapatlah tercipta blog ini walaupun lama untuk diciptakan.
Sekarang, aku rasa aku sudah mahir dan boleh menggunakan blog ini :]