Saturday, January 17, 2009 . 10:56 AM
Muhammad Syafiq Bin Awaludin4P2
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Tajuk: Resipi kerjayaan Mr Bean.
Mr Bean merupakan nama yang tidak lagi asing bagi kalangan rakyat Singapura. Akibat populariti Mr Bean dengan orang umum, kini Mr Bean telah memenangi anugerah jenama paling popular anjuran Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana atau Asme. Malah, dahulu Mr Bean bukannya seperti sekarang yang kita kenal; berpuluh- puluh cawangan Mr Bean yang kita sering lihat di pusat membeli-belah atau di stesen-stesen MRT.
Pengarah urusan Mr Bean, Encik Kang Puay Seng bermula perniagaan air kacang soya dan dadih kacang soya secara kecil-kecilann di People's Park Food Centre, di mana cawangan Mr Bean yang pertama dibuka. beliau membekalkan simpanan $6000 yang dikongsi sama rata dengan rakan niaganya, Encik Loh Jwee Poh untuk membuka cawangannya yang pertama itu.
Tiga tahun seterusnya, beliau dan rakan niaganya mengambil keputusan untuk membuka cawangan yang kedua di pusat membeli-belah di Hougang Mall. Ini merupakan langkah yang ganjil bagi sebuah kedai menjual air kacang soya dan dadih kacang soya untuk berkembang. Bagi memperbaiki cawangan keduanya, mereka telah membelanjakan lebih $30 000 untuk kerusi meja, papan iklan yang menarik dan sebagainya.
Berbandingankan dulu, kini Mr Bean telah berkembang maju. Dahulu Encik Kang hanya menggajikan seorang sahaja pekerja, kini sudah hampir 420 pekerja dibawah pengurusannya. Mr Bean mengeluarkan jumlah wang yang banyak bagi melatihkan pekerja-pekerjanya supaya mereka boleh bekerja dengan berkesan dan menjadi pekerja yang berkebolehan. Ini amat penting kerana Mr Bean kini telah menerapkan penggunaan teknologi yang tinggi ke dalam cawangan-cawangan Mr Bean supaya penyediaan makanan lancar. Kini, pembuatan makanan-makanan dilakukan mesin-mesin supaya memudahkan lagi proses pembuatan sekali gus, melancarkan proses tersebut.
Akibat penggunaan teknologi yang canggih serta penyelidikan dan pengembangan, Mr Bean telah menghasilkan pelbagai makanan- makanan yang berasal dai kacang soya yang unik. "Kami sentiasa membuat pendekatan yang membawa pembaharuan. Kami melancarkan lempeng(pancake) ala Jepun yang berperisa kacang, keju dan bermacam-macam lagi 10 tahun lalu", katanya Encik Kang.
Selain daripada lempeng ala Jepun, beliau juga telah berjaya menghasilkan ais krim kacang soya yang rendah kandungan lemak dan ia menerima pengiktirafan dari Lembaga Penggalak Kesihatan(HPB). Mr Bean juga menawarkan air kacang soya yang bermacam- macam perisa serta air bandung dan cendol yang menggunakan air kacang soya untuk menggantikan susu dan santan.Produk-produk Mr Bean yang kebanyakannya menggunakan kacang soya sebagai bahan asas membuat makanan-makanannya berkhasiat dan rendah lemak,membuatnya baik untuk kesihatan.
Mungkin kerana produk Mr Bean yang berkhasiat, Mr Bean menerima sambutan yang mesra lagi hangat. Pelanggan-pelanggannya biasanya orang yang pergi ke tempat kerja sebelah pagi yang singgah ke Mr Bean untuk membeli sarapan yang ringkas dan kemudian pada petangnya, mereka akan datang kembali untuk membeli snek atau makanan ringkas. Pelanggannya juga termasuk para remaja kerana Mr Bean telah dianggap tempat yang 'cool' dan bukannya kedai makanan yang untuk orang tua atau dewasa. Sambutan yang mesra itu juga mungkin kerana lokasi cawangan-cawangan Mr Bean yang strategik. Cawangan-cawangan Mr Bean kini banyak terletak di stesen-stesen MRT serta pusat-membeli-belah, lalu membuatnya senang untuk penggemar-penggemar produk Mr Bean untuk membelinya.
Selain daripada berkembang di tanah air, Encik Kang kini merancang hendak memperluaskan jenama Mr Bean ke luar negara. Sebelum itu, beliau berjaya membuka sebuah cawangan di Terminal 1,Lapangan Terbang Changi pada tahun 2004. Syarikatnya merupakan syarikat yang pertama membuat sedemikian." Bagi projek itu, kami membelanjakan dalam anggaran $100 000. Walaupun memang mahal dan berisiko, ia sangat berbaloi kerana buat pertama kalinya, barangan kami dapat dirasakan oleh masyarakat antarabangsa yang tidak pernah mendengar jenama kami. Dengan secara tidak langsung, ia memperluaskan nama Mr Bean", ujar Encik Kang. Nama Mr Bean pula sudah didaftarkan di sepuluh negara, seperti di Malaysia, Indonesia,United Kingdom, Australia serta Korea Selatan.
Tentunya bertahun kemudian, Mr Bean boleh dilihat di merata Singapura dan mungkin di lua negara, memberikan Keseronokan Kehidupan Sederhana, seperti apa dikatakan slogan Mr Bean.