<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/267854505513069715?origin\x3dhttp://syafiq-awaludin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Saturday, January 10, 2009 . 10:53 AM

Muhd. Syafiq Bin Awaludin
4P2
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Tajuk: Kerjaya Pilihan.


Mengikut takrif yang tentera di dalam Kamus Dewan, kerjaya membawa maksud profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.
Kerjaya merupakan perubahan hidup dalam setiap dewasa demi menyara hidup mereka atau keluarga mereka.

Bagi saya, kerjaya yang saya ingin ceburi satu hari nanti adalah dalam bidang perguaman. Pilihan saya merangkuli pelbagai sebab-sebab yang membuat saya terdorong untuk menjadi seorang peguam satu hari kelak.

Sebagai seorang peguam, saya haruslah memperoleh ijazah dalam bidang peguaman dan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai undang-undang negara yang begitu terperinci sekali. Ini membolehkan saya melaksanakan sembarang kes-kes jenayah mahupun masalah-masalah domestik dengan berkesan dan sempurna. Ilmu ini akan membantu saya membezakan informasi yang betul ataupun yang palsu. Tentunya, ia akan memudahkan pekerjaaan saya sebagai seorang peguam dengan ilmu pengetahuan yang lengkap. Malah, ilmu pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang peguam yang baik lagi berwibawa. Saya seharusnya mempunyai kemahiran dalam pertuturan dan komunikasi , dengan pelanggan mahupun di dalam ruang mahkamah. Komunikasai yang berkesan membenarkan saya menerima maklumat yang tepat dan menyampaikan kajian saya kepada hakim dan para juri dengan cara yang meyakinkan. Ini akan meningkatkan lagi peluang bagi saya serta pelanggan saya untuk memenangi kes tersebut. Dengan kemenangan ini, tentulah meningkat martabat saya.

Untuk merealisikan impian saya untuk menjadi seorang peguam yang termashyur, persediaan haruslah dimulakan awal. Pendidikan pada masa sekarang seharusnya menjadi keutamaan. Saya seharusnya mempunyai keseimbangan dalam semua mata pelajaran supaya suatu hari kelak dan mempunyai pemahaman atas istillah- istillah tertentu, kerana apa yang dipelajari di bangku sekolah mungkin boleh diterapkan dalam pekerjaan saya. Dengan ilmu pengetahuan yang luas, saya boleh menaakul semasa mejalankan tugas saya sebagai peguam dan mengurangkan kesalahan-kesalahan yang mungkin menjejaskan pekerjaan saya. Selain daripada itu, kajian atas bidang peguaman ini juga dapat membantu saya memahami lebih mendalam lagi mengenai bidang tersebut. Ia boleh memberikan serba sedikit penjelasan mengenai bidang ini yang mungkin saya kurang pasti. Ini juga merupakan perangsang untuk mendorong saya mengejarkan impian-impian saya.

Sebagai seorang peguam, ada banyak ganjarannya. Salah satunya ialah gajinya yang lumayan merupakan pendorong juga bagi saya untuk menceburi bidang ini. Saya boleh hidup selesa dan bahagia; dengan duit itu, saya dapat mencapai impian-impian saya yang lain. Walau bagaimanapun, kewangan itu separuh dari sebab-sebab saya ingin menceburi bidang ini. Saya memilih kerjaya sebagai seorang peguam kerana saya ingin membantu mereka yang tergendala dalam kes-kes jenayah atau masalah domestik lalu meleraikan kes-kes tersebut dengan berkesan. Saya akan rasa puas hati apabila saya dapat menolong orang yang susah mendapat kemenangan dalam kes mahkamah beliau lalu terlepas dari segala tohmahan atau seorang penjenayah mendapat hukuman yang sepatutnya.

Saya ingin menurunkan jumlah kejadian-kejadian jenayah dalam negara tercinta saya ini supaya semua rakyat dapat menjalankan hidup dengan aman damai. Saya ingin menolong orang susah yang terlibat dalam kes mahkamah lalu mendapat kemenangan dan ganjaran yang sepatutnya, dan menghentikan pembuatan merasuah atau pencurian wang yang diamanatkan antara peniaga- peniaga tempatan kerana ini semua akan menjejaskan ekonomi secara kewangan dan mungkin memberikan imej yang buruk atas Singapura.

Itulah kerjaya pilihan saya yang satu hari nanti mungkin akan jadi kenyataan dan dapat memberikan sumbangan yang memberi kesan kepada Singapura.

syafiq.93@gmail.com