Monday, July 21, 2008 . 7:41 PM
petang tadi, baru sahaja kami[ umairah, farhanah, shahirah, shirah, aisyah, izyan, sabrina,nadiah, diyanah, sufy , tirmuzi & saya ] membuat persembahan gpa di sekolah menengah Bukit Batok bagi menyambut Hari Keharmonian Kaum. mengikut kata-kata cikgu[ manaf], sudah hampir 7 kali kita membuat persembahan gpa ini di pelbagai acara dan ada beberapa lagi akan datang...dari setiap persembahan yang kami telah lakukan, kami mengharungi pelbagai hambatan. Alhamdulillah, setiap kali kami dapat ketepikan segala masalah dan membuat persembahan yang sebaik- baiknya... setiap kali ,kami dapat menyesuaikan diri kami dan mempelajari dari salah silap kami dan memperbaiki gerak- geri kami supaya setiap kali berbeza atau lebih baik dari yang sebelumnya...
persembahan gpa ini dan persembahan lain yang masih dalam perbincangan tentu dapat mendekati saya dengan bahasa ibunda saya dan membuka mata saya tentang bagaimana indah dan kaya budaya Melayu ini. melalui kegiatan sebegini, ia tentu telah membuat saya lebih minati dengan aktiviti yang menonjolkan kesenian Melayu yang anggun dan menarik. Saya akan terus cuba menyumbang kepada program EMAS dan membabitkan diri saya dalam kegiatan sebegini.