Thursday, April 24, 2008 . 4:24 PM
Gpa merupakan pertandingan seni dan budaya yang pertama saya pernah menyertai...Gpa merupakan pertandingan di mana sekolah- sekolah akan menyampaikan sajak-sajak mereka secara kreatif dan berbeza kerana objektif pertama pertandingan tersebut adalah untuk peserta untuk lebih kreatif.
Sekolah saya [ Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang] merangkuli anugerah sajak terbaik dan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan kurniaan yang amat memuaskan setelah berlatih bertungkus-lumus. Saya cukup gembira bahawa usaha kita berbaloi juga.
saya pun bersetuju dengan kata- kata cikgu bahawa persembahan kita amat unik sekali kerana kumpulan saya diiringi live muzik gamelan yang secocok dengan persembahan kami. Para pengadil pun berkata sedemikian. Saya amat terharu kerana saya dapat menyumbang kepada persembahan kami kerana saya salah seorang pemain muzik bersama kawan saya, Nadiah dan Sufy...
Walau bagaimanapun, saya anggapkan pertandingan ini sebagai salah satu kenangan manis yang saya dapat kenang kembali sepanjang umur hidup.
____________________________________________________________________