<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d267854505513069715\x26blogName\x3dPintu+Gerbang+Mindaku...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://syafiq-awaludin.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://syafiq-awaludin.blogspot.com/\x26vt\x3d708088003216409467', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Thursday, April 24, 2008 . 6:33 PM

Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini



Muhammad Syafiq
3P2
____________________________________________________________________

Sang Suria

Sungguh indah matahari terbenam,
Bagai bebola api menyembunyi
Di belakang tabir lautan yang luas.
Aku terpesona apabila terpandangnya.

Tiada sepatah kata
yang dapat menjelaskan kecantikannya
Yang menusuk kalbu sesiapa yang memandangnya.
Aku kagum akan keindahannya
Seindah permata ditelan api.

Setiap hari dia menemaniku
Ke mana jua aku pergi
Dari hujung ke hujung muka bumi ini.
Dia akan sentiasa menyinar di langit
Memerhatiku dari angkasa
Yang menjadi tempat lindungannya.
Jauh dari capaian manusia

Sentiasa cantik dan megah
Ratu di langit untuk selama-lamanya
Terpancar suatu keayuan yang luar biasa
Tiada tandingan,tiada yang serupanya.

Apabila menjelangnya bulan
Dia lesap daripada pandanganku
Perasaan rindu semakin bergelora
Sesaat tanpa renungannya

Aku membazir saat-saat terakhir aku
Dengan kawan baru aku itu.
Keesokannya akan bermula cerita yang baru
Cerita yang tidak akan hapus dari ingatan
Walau hingga ke akhir hayat aku.

Pancaran matahari pun semakin pudar
Berjuta bintang mengambil alih.
Langit semakin gelap,
ditenggelam warna hitam.
Akhirnya bulan timbul di hadapan pandanganku

Matahari pula perlahan-lahan
jatuh dari langit
Menyembunyikan dirinya dari mata manusia
Hilang dari pandangan.


MUHD SYAFIQ BIN AWALUDIN
3P2
___________________________________________________________________
Gpa merupakan pertandingan seni dan budaya yang pertama saya pernah menyertai...
Gpa merupakan pertandingan di mana sekolah- sekolah akan menyampaikan sajak-sajak mereka secara kreatif dan berbeza kerana objektif pertama pertandingan tersebut adalah untuk peserta untuk lebih kreatif.
Sekolah saya [ Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang] merangkuli anugerah sajak terbaik dan tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan kurniaan yang amat memuaskan setelah berlatih bertungkus-lumus. Saya cukup gembira bahawa usaha kita berbaloi juga.
saya pun bersetuju dengan kata- kata cikgu bahawa persembahan kita amat unik sekali kerana kumpulan saya diiringi live muzik gamelan yang secocok dengan persembahan kami. Para pengadil pun berkata sedemikian. Saya amat terharu kerana saya dapat menyumbang kepada persembahan kami kerana saya salah seorang pemain muzik bersama kawan saya, Nadiah dan Sufy...
Walau bagaimanapun, saya anggapkan pertandingan ini sebagai salah satu kenangan manis yang saya dapat kenang kembali sepanjang umur hidup.

____________________________________________________________________
Encik Yusof bin Ishak merupakan Presiden Singapura yang pertama. Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1910. Beliau meninggal pada 23 November 1970 kerana penyakit jantung. Usul asalnya sebenar di Padang Gajah, Trong, lebih kurang 18 batu dari Taiping, Perak. Bapanya, seorang keturunan Minangkabau, berasal daripada Sumatra Barat dan ibunya pula dari Langkat.

Encik Yusof adalah anak sulung antara 9 adik-beradiknya. Bapanya, Encik Ishak bin Ahmad, merupakan Pemangku Pengarah Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Encik Yusof dilantik menjadi Presiden pada 3 Disember 1959. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Singapura.

Encik Yusof menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kuala Kurau, Perak. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan ke Malay School di Taiping dan pada 1921, memulakan pengajian dalam aliran bahasa Inggeris di Sekolah King Edward VII, Taiping.

Pada 1923, bapanya telah ditempatkan ke Singapura. Encik Yusof,bersama dengan keluarganya, berangkat ke Singapura dan melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School sehingga Disember 1923.

Pada 1924 beliau dimasukkan ke sekolah Raffles Institution di mana beliau lulus Sijil Sekolah Cambridge (Cambridge School Certificate) pada 1927 dengan kepujian. Oleh itu, beliau dikurniakan peluang untuk melanjutkan pelajarannya di dalam kelas Queen's Scholarship.

Apabila di sekolah, beliau amat aktif dalam bidang sukan. Di Raffles Institution beliau aktif dalam sukan hoki, kriket, angkat berat dan tinju. Pada 1933 beliau menjadi juara tinju dalam kelas lightweight. Sebagai kadet cemerlang dalam Kor Kadet Sekolah beliau dinaikkan ke pangkat Lieutenant Kedua, pelajar pertama yang menerima jawatan tersebut di Singapura. Beliau juga merupakan ketua murid dan penyunting untuk majalah sekolahnya "Rafflesian".

Semasa Encik Yusof berhijrah ke Singapura, Singapura baru sahaja menandatangani dokumen persetujuan dengan Sir Samford .Pada masa itu, Singapura dijadikan milik Koloni Britsh. Apabila Encik Yusof dilantik sebagai Presiden Singupara, Singapura masih dibawah pengaruh British sehingga Hari Kemerdekaan. Encik Yusof Ishak juga harus mengharugi pelabagai dugaan semasa Perang Dunia Dua. Sewaktu Pendudukan Jepun (1942-1945) Encik Yusof berada di Malaya. Apabila Jepun menyerah kalah, beliau kembali ke Singapura pada 3 September 1945 dan menyambung semula pencetakan Utusan Melayu sebuah akhbar, di mana dia adalah pengarah pertama syaikat tersebut.

Encik Yusof Ishak telah banyak menyumbang kepada Singapura setelah dijadikan Presiden. Sepanjang Encik Yusof menjadi presiden, Singapura berkembang menjadi negara yang moden dan makmur. Dia adalah seorang presiden yang prihatin terhadap kepentingan rakyat dan memastikan keperluan mereka lengkap. Dia berazam untuk memupuk keharmonian dan kesejahteraan antara semua bangsa dan meningkatkan taraf hidup mereka supaya mereka selesa. Dia adil terhadap setiap warga negaranya dan memberi peluang kepada setiap seorang, tidak kira bangsa atau agama. Dia berazam untuk membangunkan Singapura daripada sebuah pulau kepada sebuah metropolis yang moden dan dikenali seluruh dunia.

Encik Yusof Ishak telah banyak meninggalkan kesan kapada semua orang selain saya. Kerja keras dan dedikasi beliau kepada negara, dapat membentangkan asas untuk Singapura maju berkali ganda. Usaha beliau telah mengakibatkan, secara tidak langsung, kemakmuran Singapura pada masa ini. Justeru, impian-impian beliau untuk Singapura telah dikabulkan. Beliau juga merupakan salah satu idola saya. Beliau berjaya dalam hidup dan dilantik sebagai Presiden Singapura walaupun beliau hanya orang biasa yang baru sahaja berhijrah ke Singapura. Ini menunjukkan apa-apa jua boleh dicapai asalkan kita berusaha dengan gigih.

Sebagai pengiktirafan bagi semua sumbangan beliau, potret Encik Yusof Bin Ishak diabadikan pada pecahan-pecahan wang kertas Singapura. Sekolah Menengah Yusof Ishak, telah dinamakan dengan nama beliau. Nama beliau juga digunakan untuk menamakan sebuah jalan raya iaitu ‘Yusof Ishak Boulevard’.

Walaupun Encik Yusof Bin Ishak sudah pergi, beliau masihsegar dalam ingatan warga negaranya yang berjasa.

____________________________________________________________________
“ Success is one percent talent and 99 percent hard work.”
“Kejayaan itu satu peratus bakat dan sembilan puluh sembilan peratus kesungguhan.”

Kejayaan itu membawa maksud yang sama seperti kemenangan dan kemajuan. Kejayaan atau kemenangan ini merupakan misi yang setiap insan di muka bumi ini ingin perolehi sebelum mati. Hidup tanpa kejayaan merupakan hidup yang kebanyakan orang fikiran tiada maksud atau arah. Dengan adanya kejayaan di dalam genggaman, kejayaan itu akan membuka pintu kepada pelbagai kemewahan dan peluang. Apabila seseorang itu dikatakan sudah berjaya, dia dianggapkan sebagai orang yang berada, berjawatan tinggi dan hidupnya senang tanpa sembarang gangguan.

Walau bagaimanapun, adalah segolongan orang pandangkan kejayaan itu sekadar mendapat harta benda dan kemewahan hidup. Mereka menganggapkan diri mereka berjaya apabila sesuatu pekerjaan mereka buat mempengaruhi orang lain secara positif. Mereka berjaya mengubah kehidupan seseorang atau sekumpulan orang akibat tindak laku mereka. Contohnya, pekerja sosial sering membantu golongan orang yang bermasalah atau kurang bernasib baik seperti keluarga yang miskin, pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit kronik atau remaja bermasalah. Kerja mereka pula untuk membantu golongan orang ini sedaya upaya untuk menyeleraikan masalah-masalah yang dihadapi . apabila matlamat mereka telah dicapai, baru mereka rasa mereka sudah berjaya kerana mereka berjaya untuk mengubah kehidupan seorang insan atau sekumpulan orang. Jadi, kejayaan bukan sahaja dikira dengan wang ringgit tapi boleh dinilaikan dengan pelbagai cara.

Sebelum kita dapat menikmati laba daripada kejayaan, kita mesti berusaha sesungguhnya untuk mencapai kejayaan. Kejayaannya tidak akan datang begitu sahaja jika kita berduduk diam tanpa mengangkat sebuah jari pun. Kesungguhan atau usaha gigih merupakan fakta utama jika ingin mencapai kejayaan. Kita harus berikhtiar sedaya upaya daripada umur yang muda lagi jika kita ingin menjadi menjadi orang yang berjaya dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebuah contoh untuk membuktikan fakta ini adalah guru kita sendiri. Jika mereka tidak bertungkus-lumus belajar dan menimba ilmu sepanjang umur hidup mereka, adakah mereka layak untuk mengajar kita? Akhirnya, kerja keras mereka semasa bersekolah dahulu berbaloi juga. Kini, mereka dapat hidup senang, bergaji yang berpatutan dan dapat nikmati kehidupan mereka. Ini menunjukkan tanpa usaha gigih, kejayaan tidak akan jatuh dalam tangan kamu. Sebab itu , kata perangsang tersebut “Kejayaan itu satu peratus bakat dan sembilan puluh sembilan peratus kesungguhan” menunjukkan bahawa kesungguhan merupakan keperluan asas dan paling penting jika ingin mencapai kejayaan.

Kesungguhan memang penting, tetapi tanpa sedikit bakat pun, kejayaan tidak akan melimpah dalam diri anda. Kerana bakat, kita dapat melakukan sebuah pekerjaan yang akan membuat kita berjaya dalam hidup satu hari nanti, jikalau dilakukan dengan betul. Kejayaan dianggap sudah tercapai apabila pekerjaan yang kita lakukan berhasil. Walau sedikit mana pun, bakat membolehkan kita membuat sesebuah pekerjaan itu. Dengan sedikit bakat pun, jika seseorang itu tekun untuk belajar dan mempertingkatkan bakat yang setia ada, dia boleh berjaya melakukan pekerjaannya dengan bakatnya. Kejayaan dianggap sudah tercapai apabila pekerjaan yang kita lakukan berhasil. Ayat perangsang “Kejayaan itu satu peratus bakat dan sembilan puluh sembilan peratus kesungguhan” juga mengatakan bahawa satu peratus bakat diperlu untuk berjaya. Tanpa bakat, walau sesungguh mana kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita akan merosakkannya sahaja bagai tikus memperbaiki labu. Lagipun, jikalau, bakat atau ilmunya sedikit, kita boleh belajar dan memperkukuhkan kelemahan kita, lama-lama tentu akan mahir dalam sesebuah pekerjaan bagai belakang parang jikalau diasah nescaya tajam.

Kejayaan hanya boleh tercapai dengan adanya gabungan bakat dan kesungguhan dalam diri kita. Tanpa salah satu faktor ini, anda akan mendapati sukar untuk berjaya dalam hidup. Bakat tanpa kesungguhan, kesungguhan tanpa bakat; kedua-dua aspek ini penting untuk membina kejayaan dalam kehidupan kita. Bakat merupakan sifat yang semula jadi dalam diri kita. Kita harus mengubah diri kita supaya kita menjadi rajin dan gigih dalam setiap kegiatan dan pekerjaan kita supaya bakat kita tidak akan disia-siakan. Gabungan bakat dan kesungguhan merupakan gabungan yang amat hebat sekali kerana gabungan inilah yang mungkin menentukan jalan hidup yang kita akan lalu pada masa yang akan datang nanti.

Apabila kita sudah berjaya, kejayaan yang kita perolehi boleh membentuk kehidupan yang kita akan melalui. Kejayaan selalu dianggapkan akan mendatangkan kemewahan hidup seperti harta benda, wang tunai dan nama, jawatan atau pangkat yang tinggi. Kita boleh menikmati kehidupan yang selesa dan mewah dengan adanya wang kerana apa yang hati kita inginkan, tentu agak mudah untuk mendapatinya bagai pucuk layu disiram hujan. Kita tidak payah bertungkus-lumus lagi untuk hidup kerana usaha dan titik peluh kita dahulu akhirnya berbaloi dan kini, kita boleh menikmati laba kejayaan kita. Tetapi, pada orang lain, kejayaan mungkin tidak dikira dengan wang ringgit. Mereka mungkin menganggap diri mereka sebagai berjaya apabila sesuatu yang mereka lakukan untuk seseorang atau sekumpulan orang mempengaruh mereka dalam cara yang baik. Contohnya , seseorang kauselor dapat meleraikan sebuah masalah keluarga dengan sesi kaunselingnya. Mereka mengganggap hasil daripada sesi-sesi ini sebagai sebuah kejayaan kerana dia telah mengubah hidup sebuah keluarga secara positif. Jadi, kejayaan bukan sahaja mendapat harta dan pangkat tetapi kejayaan juga dilihat sebagai membuat sebuah tindakan yang akan mengubah hidup seseorang secara positif .

Walau bagaimanapun, untuk kita memperolehi kejayaan, pelbagai hambatan dan cubaan yang harus kita duga dan tempuh. Kejayaan, yang seperti dikatakan pada awal karangann ini bahawa kejayaan tidak akan datang begitu sahaja, perlukan kesungguhan untuk kita menempuh hambatan sebegini. Akibat hambatan sebegini, seseorang itu akan menjadi lebih kuat berazam untuk memperjuangkan kejayaan yang kita semua diidamkan.

Kita harus menyemai sikap kesungguhan dalam hidup kita dan digabungkan bakat yang sedia ada supaya kejayaan yang diinginkan akhirnya tercapai juga.