Monday, January 7, 2008 . 9:04 PM
Ini sebenarnya bukan merupakan pertama kali aku joget atau menari...Aku pernah sekali menari tarian tradisional semasa di sekolah tadika.
Walau Bagaimanapun pada pendapat aku,pengajaran tentang seni melayu, atau dengan lebih terperinci lagi, tarian tradisional,dengan secara fizikal, bukan dengan cara membaca buku sahaja, merupakan salah satu cara pengajaran yang membuka mata aku dan tidak pernah aku alami.
Tambahan lagi, aktiviti itu amat menarik, cuma pada kali pertama, ada rasa canggung dan malu juga, jadi tarian itu bersepah dan tidak terurus.Walau Bagaimanapun, ini lain daripada yang lain.Juga, mempelajari pelbagai aspek seni tarian amat berinformasi.
Secara kesuluruhan,ini merupakan pengalaman yang amat unik sekali, terutama sekali semasa waktu sekolah :]