<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d267854505513069715\x26blogName\x3dPintu+Gerbang+Mindaku...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://syafiq-awaludin.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://syafiq-awaludin.blogspot.com/\x26vt\x3d708088003216409467', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, March 30, 2009 . 8:43 PM

Pujangga masa dahulu, Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenal sebagai Abdullah Munshi merupakan penyumbang kesusasteraan yang amat kontroversial di Semenanjung Malaya. Beliau dilahirkan di Kampung Masjid di Melaka, Malaysia pada tahun 1796 dalam keluarga yang terpelajar. Keluarganya berasal dari Yaman di Asia Tengah dan keluarganya merupakan keturunan Arab serta Tamil. Walau Bagaimanapun, keluarganya dan beliau sendiri menganggap mereka sebagai orang Melayu. Berdasarkan keturunan dan latar belakang keluarga beliau, orang Melayu memanggil mereka sebagai Jawi Peranakan.
Abdullah Munshi berpegang kuat kepada asal usulnya. Beliau telah diajar oleh bapanya sendiri dalam bacaan Quran, tulisan Jawi, Tamil dan bahasa Arab. Akibat kepetahan beliau dalam bahasa Tamil dan Arab, konon leluhurnya beliau menjadi seorang guru agama dan guru bahasa Arab di India Selatan. Beliau dipanggil 'Munshi' yang bermaksud guru atau pendidik. Kemudian, dia mengisterikan seorang wanita yang juga keturunan Tamil.Pada tahun 1823, Abdullah Munshi belajar bahasa Inggeris dari mubaligh agama Kristian dan mengajar mereka pula bahasa Arab.
Dengan ilmu yang dia telah perolehi sejak kecil lagi, Abdullah Munshi mengikut langkah bapanya dan bekerja untuk kerajaan kolonial sebagai penterjemah dan guru kepada pegawai kolonial di Semenanjung Malaya, terutama sekali kepada pegawai Belanda dan British.
Sepanjang pekerjaannya, Abdullah Munshi banyak menceritakan hal-hal yang menarik dari paruh pertama abad ke-19. Misalnya mengenai kota Melaka dan Singapura serta beberapa tokoh seperti John Stamford Raffles, Lord Minto, Farquhar dan Timmerman Thijssen. Selain itu, beliau banyak sekali menceritakan tentang kehidupan sehari-hari orang Melayu kala itu. Banyak cerita ini dicatat dalam Hikayat Abdullah yang penuh dengan nasihat-nasihat serta tunjuk ajar.
Hikayat Abdullah merupakan sebuah otobiografi. Akibat itu, hikayat ini amat istimewa dalam khazanah sastera Melayu. Naskhah Hikayat Abdullah dalam bentuk manuskrip diselesaikan pada tahun 1843 dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1903, Hikayat Abdullah dicetak dalam huruf Latin dan dijadikan sebagai bacaan pelajar di Singapura, Pulau Pinang dan Semenanjung Malaya.
Hikayat Panca Tanderan merupakan salah satu daripada hikayat tulisan Abdullah Munshi yang terkenal. Ia adalah sebuah hikayat yang asalnya ditulis dalam bahasa Tamil dan kemudian diterjemahkan dalam bahasa Melayu pada tahun 1835. Hikayat ini merupakan gubahan Pancatantra dalam bahasa Melayu.Ia dikatakan lebih asli dalam bahasa Sanskerta kerana gubahan ini merupakan terjemahan dari sebuah versi dalam bahas Hindu, bukan bahasa Arab kerana lingkup budaya Hindu yang hampir sama dengan lingkup budaya yang menghasilkan gubahan Pancatantra.
Cerita yang terserap dalam Hikayat Panca Tanderan adalah mengenai empat putera yang sangat dungu dan tidak mahu mendengar nasihat orang tua mereka,i iaitu raja kepada negeri Padalipurwan di tanah Hindustan yang bernama Sukadarma. Maka sangat masygullah hati Sri Paduka dan berdukacita beliau akan tingkah laku mereka.
Maka pada suatu hari , tatkala Sri Padukan dihadap oleh para menteri dan pembesar kerajaan, seorang Brahman yang bernama Sumasingha melafazkan keinginan beliau untuk mendidik putera-putera beliau. Sri paduka amat bersukacitalah akan tawarannya dan Brahman itu dikurniakan segal anugerah dan kurnia kerajaan.
Putera-putera dididik secera bercerita dari Brahman tersebut mengenai lima[panca] cerit yang dibahagi-bahagikan menurut ilmunya[tandera,tanra] dan disisipkan cerita-certia hewan dalam sebuah cerita bingkai. Maka setelah para putera habis diberi pengajaran, mereka semua menjadi pandai dan Brahman tersebut diberi segala anugerah dan kurnia mulia oleh Sri Paduka.
Dari semua hasil karya Abdullah Munshi, dia ditempatkan sebagai tokoh periode transisi dan perintis yang konon membawa sastera Melayu lama memasuki sastera moden. Hasil karyanya kebanyakan bertujuaan untuk menyampaikan nasihat atau tunjuk ajar yang baik dicontohi. Beliau juga termasyhur kerana suka menulis karya sastera yang didaktis.
Beliau wafat di Jeddah pada tahun 1854.

Saturday, January 17, 2009 . 12:14 PM

Hamka
Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick
Respons Peribadi:
pada mulannya, say kurang faham dengan jalan ceritanya dan juga watak-wataknya. panggilan nama yang ada didalam buku ini tidak pernah saya lihat. Tetapi, lama-kelamaan, barulah saya faham akan peranan watak-watak sedemikian.
apabila Zainuddin tiba di Batipuh, saya agak kasihan dengan layanan yang diberinya semasa dia tinggal di sana, dianggap orang luar dan dipandang rendah. malah, apabila dia bertemu Hayati dan kemudiannya jatuh cinta, pengalaman mereka semasa saling bercinta amat menggoncangkan jiwa. Cinta mereka tulin dan suci.
Tetapi apabila Zainuddin terpaksa berpisah dengan Hayati dan Hayati terpaksa berkahwin dengan Aziz yang jahat, ia amat menyedihkan cinta Zainuddin dan Hayati terpaksa akhir begitu sahaja. Hayati pula menderita hidup dengan Aziz yang berfoya-foya di samping perempuan-perempuan lain. Kasihan benar Hayati, tetapi saya puji Hayati yang tabah dan kuat mengharugi cabaran.
Apabila Hayati dan Zainuddin kembali bersama, Zainuddi pula menolak. pada saya, pembuatan Zainuddin tidak patut, tetapi memandangkan keadaan, saya puji Zainuddin kerana imannya yang kuat.
Alangkah sedihnya Zainuddin kehilangan Hayati setelah Hayati mati akibat kapal dinaikinya karam.


Muhammad Syafiq Bin Awaludin
4P2
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Tajuk: Resipi kerjayaan Mr Bean.


Mr Bean merupakan nama yang tidak lagi asing bagi kalangan rakyat Singapura. Akibat populariti Mr Bean dengan orang umum, kini Mr Bean telah memenangi anugerah jenama paling popular anjuran Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana atau Asme. Malah, dahulu Mr Bean bukannya seperti sekarang yang kita kenal; berpuluh- puluh cawangan Mr Bean yang kita sering lihat di pusat membeli-belah atau di stesen-stesen MRT.

Pengarah urusan Mr Bean, Encik Kang Puay Seng bermula perniagaan air kacang soya dan dadih kacang soya secara kecil-kecilann di People's Park Food Centre, di mana cawangan Mr Bean yang pertama dibuka. beliau membekalkan simpanan $6000 yang dikongsi sama rata dengan rakan niaganya, Encik Loh Jwee Poh untuk membuka cawangannya yang pertama itu.
Tiga tahun seterusnya, beliau dan rakan niaganya mengambil keputusan untuk membuka cawangan yang kedua di pusat membeli-belah di Hougang Mall. Ini merupakan langkah yang ganjil bagi sebuah kedai menjual air kacang soya dan dadih kacang soya untuk berkembang. Bagi memperbaiki cawangan keduanya, mereka telah membelanjakan lebih $30 000 untuk kerusi meja, papan iklan yang menarik dan sebagainya.

Berbandingankan dulu, kini Mr Bean telah berkembang maju. Dahulu Encik Kang hanya menggajikan seorang sahaja pekerja, kini sudah hampir 420 pekerja dibawah pengurusannya. Mr Bean mengeluarkan jumlah wang yang banyak bagi melatihkan pekerja-pekerjanya supaya mereka boleh bekerja dengan berkesan dan menjadi pekerja yang berkebolehan. Ini amat penting kerana Mr Bean kini telah menerapkan penggunaan teknologi yang tinggi ke dalam cawangan-cawangan Mr Bean supaya penyediaan makanan lancar. Kini, pembuatan makanan-makanan dilakukan mesin-mesin supaya memudahkan lagi proses pembuatan sekali gus, melancarkan proses tersebut.

Akibat penggunaan teknologi yang canggih serta penyelidikan dan pengembangan, Mr Bean telah menghasilkan pelbagai makanan- makanan yang berasal dai kacang soya yang unik. "Kami sentiasa membuat pendekatan yang membawa pembaharuan. Kami melancarkan lempeng(pancake) ala Jepun yang berperisa kacang, keju dan bermacam-macam lagi 10 tahun lalu", katanya Encik Kang.

Selain daripada lempeng ala Jepun, beliau juga telah berjaya menghasilkan ais krim kacang soya yang rendah kandungan lemak dan ia menerima pengiktirafan dari Lembaga Penggalak Kesihatan(HPB). Mr Bean juga menawarkan air kacang soya yang bermacam- macam perisa serta air bandung dan cendol yang menggunakan air kacang soya untuk menggantikan susu dan santan.Produk-produk Mr Bean yang kebanyakannya menggunakan kacang soya sebagai bahan asas membuat makanan-makanannya berkhasiat dan rendah lemak,membuatnya baik untuk kesihatan.

Mungkin kerana produk Mr Bean yang berkhasiat, Mr Bean menerima sambutan yang mesra lagi hangat. Pelanggan-pelanggannya biasanya orang yang pergi ke tempat kerja sebelah pagi yang singgah ke Mr Bean untuk membeli sarapan yang ringkas dan kemudian pada petangnya, mereka akan datang kembali untuk membeli snek atau makanan ringkas. Pelanggannya juga termasuk para remaja kerana Mr Bean telah dianggap tempat yang 'cool' dan bukannya kedai makanan yang untuk orang tua atau dewasa. Sambutan yang mesra itu juga mungkin kerana lokasi cawangan-cawangan Mr Bean yang strategik. Cawangan-cawangan Mr Bean kini banyak terletak di stesen-stesen MRT serta pusat-membeli-belah, lalu membuatnya senang untuk penggemar-penggemar produk Mr Bean untuk membelinya.

Selain daripada berkembang di tanah air, Encik Kang kini merancang hendak memperluaskan jenama Mr Bean ke luar negara. Sebelum itu, beliau berjaya membuka sebuah cawangan di Terminal 1,Lapangan Terbang Changi pada tahun 2004. Syarikatnya merupakan syarikat yang pertama membuat sedemikian." Bagi projek itu, kami membelanjakan dalam anggaran $100 000. Walaupun memang mahal dan berisiko, ia sangat berbaloi kerana buat pertama kalinya, barangan kami dapat dirasakan oleh masyarakat antarabangsa yang tidak pernah mendengar jenama kami. Dengan secara tidak langsung, ia memperluaskan nama Mr Bean", ujar Encik Kang. Nama Mr Bean pula sudah didaftarkan di sepuluh negara, seperti di Malaysia, Indonesia,United Kingdom, Australia serta Korea Selatan.

Tentunya bertahun kemudian, Mr Bean boleh dilihat di merata Singapura dan mungkin di lua negara, memberikan Keseronokan Kehidupan Sederhana, seperti apa dikatakan slogan Mr Bean.

Saturday, January 10, 2009 . 10:53 AM

Muhd. Syafiq Bin Awaludin
4P2
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Tajuk: Kerjaya Pilihan.


Mengikut takrif yang tentera di dalam Kamus Dewan, kerjaya membawa maksud profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.
Kerjaya merupakan perubahan hidup dalam setiap dewasa demi menyara hidup mereka atau keluarga mereka.

Bagi saya, kerjaya yang saya ingin ceburi satu hari nanti adalah dalam bidang perguaman. Pilihan saya merangkuli pelbagai sebab-sebab yang membuat saya terdorong untuk menjadi seorang peguam satu hari kelak.

Sebagai seorang peguam, saya haruslah memperoleh ijazah dalam bidang peguaman dan mempunyai ilmu pengetahuan mengenai undang-undang negara yang begitu terperinci sekali. Ini membolehkan saya melaksanakan sembarang kes-kes jenayah mahupun masalah-masalah domestik dengan berkesan dan sempurna. Ilmu ini akan membantu saya membezakan informasi yang betul ataupun yang palsu. Tentunya, ia akan memudahkan pekerjaaan saya sebagai seorang peguam dengan ilmu pengetahuan yang lengkap. Malah, ilmu pengetahuan sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang peguam yang baik lagi berwibawa. Saya seharusnya mempunyai kemahiran dalam pertuturan dan komunikasi , dengan pelanggan mahupun di dalam ruang mahkamah. Komunikasai yang berkesan membenarkan saya menerima maklumat yang tepat dan menyampaikan kajian saya kepada hakim dan para juri dengan cara yang meyakinkan. Ini akan meningkatkan lagi peluang bagi saya serta pelanggan saya untuk memenangi kes tersebut. Dengan kemenangan ini, tentulah meningkat martabat saya.

Untuk merealisikan impian saya untuk menjadi seorang peguam yang termashyur, persediaan haruslah dimulakan awal. Pendidikan pada masa sekarang seharusnya menjadi keutamaan. Saya seharusnya mempunyai keseimbangan dalam semua mata pelajaran supaya suatu hari kelak dan mempunyai pemahaman atas istillah- istillah tertentu, kerana apa yang dipelajari di bangku sekolah mungkin boleh diterapkan dalam pekerjaan saya. Dengan ilmu pengetahuan yang luas, saya boleh menaakul semasa mejalankan tugas saya sebagai peguam dan mengurangkan kesalahan-kesalahan yang mungkin menjejaskan pekerjaan saya. Selain daripada itu, kajian atas bidang peguaman ini juga dapat membantu saya memahami lebih mendalam lagi mengenai bidang tersebut. Ia boleh memberikan serba sedikit penjelasan mengenai bidang ini yang mungkin saya kurang pasti. Ini juga merupakan perangsang untuk mendorong saya mengejarkan impian-impian saya.

Sebagai seorang peguam, ada banyak ganjarannya. Salah satunya ialah gajinya yang lumayan merupakan pendorong juga bagi saya untuk menceburi bidang ini. Saya boleh hidup selesa dan bahagia; dengan duit itu, saya dapat mencapai impian-impian saya yang lain. Walau bagaimanapun, kewangan itu separuh dari sebab-sebab saya ingin menceburi bidang ini. Saya memilih kerjaya sebagai seorang peguam kerana saya ingin membantu mereka yang tergendala dalam kes-kes jenayah atau masalah domestik lalu meleraikan kes-kes tersebut dengan berkesan. Saya akan rasa puas hati apabila saya dapat menolong orang yang susah mendapat kemenangan dalam kes mahkamah beliau lalu terlepas dari segala tohmahan atau seorang penjenayah mendapat hukuman yang sepatutnya.

Saya ingin menurunkan jumlah kejadian-kejadian jenayah dalam negara tercinta saya ini supaya semua rakyat dapat menjalankan hidup dengan aman damai. Saya ingin menolong orang susah yang terlibat dalam kes mahkamah lalu mendapat kemenangan dan ganjaran yang sepatutnya, dan menghentikan pembuatan merasuah atau pencurian wang yang diamanatkan antara peniaga- peniaga tempatan kerana ini semua akan menjejaskan ekonomi secara kewangan dan mungkin memberikan imej yang buruk atas Singapura.

Itulah kerjaya pilihan saya yang satu hari nanti mungkin akan jadi kenyataan dan dapat memberikan sumbangan yang memberi kesan kepada Singapura.

syafiq.93@gmail.com

Monday, July 21, 2008 . 7:41 PM

petang tadi, baru sahaja kami[ umairah, farhanah, shahirah, shirah, aisyah, izyan, sabrina,nadiah, diyanah, sufy , tirmuzi & saya ] membuat persembahan gpa di sekolah menengah Bukit Batok bagi menyambut Hari Keharmonian Kaum. mengikut kata-kata cikgu[ manaf], sudah hampir 7 kali kita membuat persembahan gpa ini di pelbagai acara dan ada beberapa lagi akan datang...

dari setiap persembahan yang kami telah lakukan, kami mengharungi pelbagai hambatan. Alhamdulillah, setiap kali kami dapat ketepikan segala masalah dan membuat persembahan yang sebaik- baiknya... setiap kali ,kami dapat menyesuaikan diri kami dan mempelajari dari salah silap kami dan memperbaiki gerak- geri kami supaya setiap kali berbeza atau lebih baik dari yang sebelumnya...

persembahan gpa ini dan persembahan lain yang masih dalam perbincangan tentu dapat mendekati saya dengan bahasa ibunda saya dan membuka mata saya tentang bagaimana indah dan kaya budaya Melayu ini. melalui kegiatan sebegini, ia tentu telah membuat saya lebih minati dengan aktiviti yang menonjolkan kesenian Melayu yang anggun dan menarik. Saya akan terus cuba menyumbang kepada program EMAS dan membabitkan diri saya dalam kegiatan sebegini.

Wednesday, July 16, 2008 . 9:48 AM

Muhammad Syafiq Bin Awaludin
3P2
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Tajuk: Kegiatan Semasa Cuti Sekolah


Apabila cuti sekolah tiba, ramai pelajar di merata dunia, bukan sahaja di negera kecil ini, rasa gembira dan bersyukur. Mereka akhirnya dapat rehat dari kehidupan sekolah yang begitu sibuk dengan pelbagai kegiatan-kegiatan seperti kelas-kelas, aktiviti luar sekolah dan selanjutnya. Cuti sekolah merupakan masa-masa untuk para pelajar untuk gunakan bagi merehatkan dan menenangkan jiwa mereka. Malahan, ada segolongan pelajar menganggap masa-masa lapang ini boleh mereka gunakan untuk berfoya-foya dan melakukan gejala-gejala yang ditegah undang-undang serta masyarakat kita. Padahal, masa-masa lapang seperti inilah para pelajar sepatutnya isikan dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat bagi mereka dari segi rohani dan jasmani. Salah satu kegiatan yang saya rasa cukup baik untuk sertai ialah kursus memasak.

Memasak merupakan satu perbuatan di mana seseorang dapat menyediakan makanan dengan sendriri, bukan setakat beli di kedai sahaja. Jika seseorang mahir memasak, dia tidak perlu bimbang tentang kekurangan makanan pun atau apabila datangnya rasa malas untuk keluar membeli makanan. Seseorang itu dapat memasak hidangan-hidangan yang diingininya di dapur rumahnya.

Sebab itulah kursus memasak amat bagus bagi para pelajar yang mungkin kedua ibu bapanya keluar bekerja dan dia ditinggalkan di rumah. Para pelajar tersebut dapat menyiapkan makanan sendiri dan tidak perlu menyusahkan ibu bapa tersebut. Para pelajar dapat belajar memasak hidangan- hidangan yang ringkas untuk mereka lakukan di rumah. Mereka akan diajar mengenai keselamatan di dapur, perkakas- perkakas yang perlu dan bahan- bahan yang akan digunakan untuk hidangan yang tertentu. Mereka dapat bermanfaat dari kursus sebegini.

Tuesday, May 20, 2008 . 9:35 AM

di bawah ini, ada beberapa lelaman web yang dapat menjelaskan pemahaman anda mengenai Kata Sendi.

http://www.geocities.com/yus7441/ksendi.htm

http://tatabahasabm.tripod.com/latih/latih.htm